BAHAN SINTETIK
PVC,PU, Getah, Kulit Polimer (Bahan yang mempunyai persamaan dengan kulit tetapi ciri-cirinya tidak menyamai kualiti seperti kulit asli terutamanya dari segi bau, system penyerapan dan tidak begitu flaksible flesibel). Sintetik adalah serasi dengan kombinasi lapisan dari bahan baru seperti PVC dan PU ,- Polimer – Adalah kulit sentetik dan ia kelihatan seperti kulit asli. Ia sangat mudah untuk dijaga.
- Getah – Mempunyai ciri-ciri yang sama dengan bahan sentetik. Ia duganakan untuk rekaan pada kasut keselamatan dan sesuai digunakan untuk aktiviti lasak
- Bahan-bahan campuran – Digunakan secara meluas untuk kasut sukan dan mempunyai banyak rekaan dan berbagai warna pilihan.
- Membran kalis Air – Bahan istimewa ini memberikan perlindungan daripada air dan kotoran. Sebagai contoh Gore –Tex. Ia digunakan pada kasut sukan mendaki gunung
KULIT
Merupakan bahan semulajadi yang digunakan untuk setiap rekaan tertentu pada kasut.
Kulit mempunyai cirri-ciri yang lembut, ia mempunyai kelebihan penyerapan yang terbaik, ia juga mudah disesuaikan dengan kaki seseorang. Kami ada mengklasifikasikan beberapa jenis kulitsecara asas
- Kulit lembut – mempunyai permukaan struktur yang lembut dan terdapat lubang-lubang kecil. Ia boleh dikemaskan lagi dengan menanbah satin dan kilauan pada kulit.
- Kulit berkilat – Permukaan kulit yang lembut dan berkilat. Kebiasaanya kulit ini hanya akan mengalami kerosakkan yang disebabkan daripada bahan kimia perubahan cuaca atau salji serta cuaca yang lembab.
- Nubuck –Merupakan kulit lembut yang sudah siap. Biasanya kulit ini akan meninggalkan kesan apabila disentuh dengan jari atau dengan menggunakan sebarang objek. Segala tanda-tanda atau kotoran yang terdapat pada kulit ini hanya akan hilang apabila di berus.
- Kulit bawah – Merupakan sejenis kulit untuk tapak khususnya pada kasut untuk kegunaan formal, ia lebih sesuai digunakan pada keadaan yang tidak rata dan berair. Boleh mencetak logo pada permukaannya.
Piktogram
Pada hari ini terdapat pelbagai jenis kombinasi rekaan kasut yang boleh kita lihat. Bahan- bahan seperti kulit, sintetik,getah dan textile merupakan bahan asas yang digunakan pada rekaan kasut. Setiap bahan mempunyai karektor yang tersendiri. Perbezaan yang terdapat pada bahan-bahan ini bukan hanya dr segi rupanya malahan termasuk juga dari segi fizikal, kualiti, ketahanan dan setiap daripada bahan-bahan tersebut mempunyai cara penjagaan yang berbeza.
Bahan-bahan pada bahagian atas kasut
- KULIT - kulit merupakan bahan terbaik yang digunakan pada permukaan atas kasut. Kulit kelihatan semulajadi, lembut dan mudah mengikut bentuk kaki si pemakai.
- TEXTILE - Mempunyai pilihan warna yang pelbagai dan biasanya digunakan untuk rekaan musim panas.
- SINTETIK - Kegunaan yang disesuaikan dengan berbagai bentuk serta mudah dijaga dan sesuai digunakan pada musim hujan.
Bahan-bahan untuk pelapis kasut
- KULIT - Bersih, memberi keselesaan dan flesibel.
- TEXTILE - Sesuai untuk kasut yang memberikan keselesaan kerana ia mampu mengalirkan udara kepada kaki pengguna.
- SINTETIK - Cara penjagaan yang mudah, system pengudaraan yang terhad dan mampu meningkatkan system respirasi
Bahan-bahan yang digunakan pada tapak kasut
- KULIT - Memberikan bentuk yang aligent, ringan dan bahan ini hanya digunakan untuk rekaan dalaman kasut. Ia tidak sesuai untuk keadaan cuaca yang lembab
- GETAH - Memberikan perlindungan kepada pemakai, ia lebih fleksibel dan sesuai pada semua keadaan cuaca serta mudah dijaga.
- SINTETIK - Fleksibel, mudah dijaga,memberi perlindungan pada pengguna,mempunyai kualiti yang tersendiri,sukar tertanggal semasa digunakan dan mempunyai lapisan yang fleksibel.
No comments:
Post a Comment