Sunday, 1 March 2015

KASUT ✿


Kasut adalah sejenis alas kaki biasanya diperbuat daripada getahkulitkain, dan lain-lain yang menutupi bahagian kaki manusia. Tujuannya untuk melindungi dan memberikan keselesaan kepada kaki ketika melakukan pelbagai aktiviti.

Tujuan utama penggunaan kasut adalah untuk memberi perlindungan kepada kaki serta mengelakkan kecederaan. Untuk tujuan tersebut, kasut tersebut perlulah sesuai dengan tapak kaki anda. Kasut yang terlalu sempit, terlalu rendah atau terlalu besar boleh mengakibatkan ketidakselesaan, kecederaan dan juga kecacatan tetap. Dengan memahami komponen serta ciri-ciri tertentu, anda pasti boleh membuat pilihan kasut yang tepat untuk diri anda dan juga keluarga yang tersayang. Entri ini menjelaskan setiap bahagian kasut serta bagaimana ia boleh memberi kekuatan kepada kaki anda. Entri ini turut membincangkan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sebelum anda membuat pilihan kasut sama ada untuk lelaki, wanita, kanak-kanak, kasut bekerja mahupun kasut sukan. Entri ini memberi pelbagai tip berguna kepada anda agar anda membuat pilihan kasut terbaik untuk kegunaan anda sekeluarga

Walaupun gaya dianggap sebagai faktor utama dalam pemilihan sepasang kasut, faktor yang lebih penting yang perlu diambil perhatian ialah dari sudut pandangan pembuatan kasut tersebut. Kasut itu perlulah mempunyai ciri-ciri tahan lasak serta mampu memberi perlindungan dan keselesaan kepada kaki pemakainya. Sila ingat fomular ini sewaktu anda membuat pemilihan kasut: “kasutyang saya pilih perlulah sama dengan saiz kaki saya. Saya tidak perlu memaksa kaki saya untuk mengenakan kasut tersebut”. Kesakitan, kelepuhan, kerosakan dan sebagainya akan anda alami sekiranya anda tidak bijak dalam memilih kasut yang sesuai dengan kaki anda