Tips Memilih Kasut Untuk Wanita

Antara carta yang paling tinggi di "shopping" oleh wanita adalah kasut ??? Tapi saya berpendapat wanita bila beli kasut tak lah lama sangat dari beli baju, beg dan seluar. Nak beli kasut pun ada tips dan juga perlu ikut untuk dipakai ke mana.

ANTARA NYA IALAH

  • Pastikan memilih saiz kasut yang betul.


Caranya dengan mengetahui bentuk kaki uols. Ada yang tapak kaki lebar dan panjang. Untuk pengetahuan semua, kedua2 tapak kaki kita tak sama kerana ia tidak begitu ketara jika dilihat dengan mata kasar. Biasanya kaki kanan lebih besar dan disebabkan itu, kebanyakkan kasut di jual di kedai mempamerkan kasut kaki kanan.

  • Elak memilih kasut yang ketat dengan menganggap kasut akan longgar apabila kerap pakai dan mudah muat apabila diregangkan.


  • Pastikan uols memilih kasut yang mempunyai ruang untuk jari2 kaki uols apabila uols sedang berdiri. 

  • Apabila membeli kasut, jangan sekadar mencuba di depan cermin tetapi cuba untuk berjalan untuk mengetahui keselesaan apabila dipakai kelak.

  • Sebaiknya, beli kasut pada waktu petang kerana saiz kaki akan mengembang pada waktu ini. Jika membeli kasut pada waktu pagi, saiz kaki ketika itu adalah kecil dan ini akan menyusahkan uols sendiri satu hari nanti.

  • Ketahui materialnya. Pastikan material tu membenarkan kaki bernafas seperti kulit.

  • Pilihlah kasut yang sesuai dengan aktiviti. Jangan pakai kasut tumit untuk aktiviti lasak, tak ke sakit kaki. So, pilih lah kasut ikut kesesuaian masa dan juga tempat.

  • Pilih kasut yang yang berkusyen tebal & diperbuat daripada bahan ringan bagi meminimumkan kecederaan. Malah kasut yang berkusyen tebal boleh menahan hentakan tumit dengan tanah.



No comments:

Post a Comment