Wanita tidak kira usia, semestinya mengimpikan kasut yang selesa serta cantik untuk digayakan.
Ada wanita mementingkan keselesaan, ada yang lebihkan fesyen, ada yang inginkan sedondon dengan setiap warna bajunya !
Wanita sememangnya bertuah kerana mempunyai ruang seleksi yang luas, banyak pilihan corak dan warna berbanding lelaki. ( ada nampak lelaki pakai kasut warna biru, pink polka? not many yang dare atau gemar haha)
✿ Kasut Ballerina / Ballet Flats
Kasut ini sangat popular dan digemari setiap wanita tak kira usia. Boleh dikatakan antara kasut yang wajib dimiliki, oleh kerana keselesaan serta kebaikan untuk kesihatan kaki.
Sesuai digayakan dengan busana kasual, namun kasut jenis ini tidak sesuai kalau pergi ke majlis formal atau urusan rasmi.
✿ Wedges
Kasut ini juga sangat terkenal. Kepada yang teringin nak pakai kasut tinggi tapi gayat, boleh cuba wedges dulu. Signifikan wedges ialah tapaknya rata walaupun tinggi, jadi jangan risau takut tumit patah atau tergelincir.
✿ Sneakers
Ada perbagai jenis sneakers sama ada high cut, low cut, wedges dan sebagainya. Kasut kasual untuk wanita.
✿ Sling Back
Mempunyai tali yang boleh diubah suai. Rekaan nya terdiri sama ada high heels hinggalah ke flat.
✿ Heels
Jenis kasut ini juga antara yang paling digemari selain ballet shoes. Terdiri daripada kitten heels (heels nya kecik sahaja dan tidak lebih daripada 1.5 inch pada kebiasaan), low heels, medium heels dan high heels (stilettos). Jenis-jenis kasut heels ini sesuai dan boleh digayakan untuk majlis formal.
✿ Ankle Straps
Kasut jenis ini mempunyai satu strap (tali) atau lebih yang diikat pada buku lali (ankle). Tali tersebut adalah terdiri sama ada ribbon, lace, satin dan sebagainya. Kasut jenis ini ada yang datang dengan tapak flat ataupun bertumit tinggi. Sesuai digayakan dengan skirts ataupun berseluar jeans.
No comments:
Post a Comment