Tips Penting untuk Bertumit Tinggi (Kesihatan)


Putaran kaki
Pergelangan kaki akan menjadi stress setelah seharian kaki terperangkap di dalam kasut bertumit tinggi. Jadi, korang boleh lakukan senaman kaki dengan memusingkan tapak kaki (pergelangan kaki) beberapa kali. Perkara ini boleh dilakukan sambil duduk ketika menyiapkan kerja atau di mana-mana sahaja. Lakukannya sehingga 40 ke 50 kali.

Lakukan ‘calf raise’
Senaman ini sesuai dilakukan untuk korang yang ingin menguatkan otot di bahagian betis dan peha. Langkahnya amat mudah iaitu berdiri di bahagian penjuru, dan naikkan tumit anda beberapa inci sehingga korang betul-betul berdiri menggunakan jari kaki korang dan turunkan sedikit demi sedikit sehingga korang dapat merasakan regangan di otot kaki korang.

Pusingan buku lali
Stilleto tinggi mungkin akan menampakkan korang  lebih seksi tapi bayangkan, berjalan dengan kasut itu mampu melemahkan otot  malah ia menyakitkan. Untuk meredakan kesakitan kaki, cuba berdiri dan naikkan tumit kaki korang. Lakukan bulatan penuh menggunakan buku lali kaki  sebanyak 20 kali. Kemudian urut kaki  secara putaran terutama di bahagian buku lali. Cara ini mampu mengurangkan regangan pada buku lali dan membuatkan kaki lebih selesa.

Regangan / rendaman air suam
Lakukan beberapa jenis regangan seperti duduk rehat dengan melunjurkan kaki selama 10 minit. Cara ini dapat membantu memperbaiki pengaliran darah. Cuba juga untuk mengangkat hujung kaki beberapa kali bagi memberi kelegaan kepada buku lali. Untun merehatkan kaki, korang kena rendamkan kaki ke dalam air yang suam untuk mengurangkan stress dan melegakan kaki.

Jumpa doktor anda
Jika korang pemakai tegar kasut bertumit tinggi,  amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar berkaitan seperti Orthotik dan juga Prostetik bagi menjalani rawatan manipulasi kaki. Ia bertujuan untuk membetulkan tulang yang sering bergesel dan juga untuk mengurangkan kadar geseran tulang tersebut.




No comments:

Post a Comment